10 Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil

Akhirnya pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sah menjadi pasangan suami isteri. Sebelum ini ‘Yana Samsudin Dedah Sikap Bakal Suami‘ yang disifatkannya Fadzil seorang yang penyayang dan penyabar. Alahaii untungnya memiliki suami seperti lelaki tersebut. Lebih beruntung ‘Majlis Perkahwinan Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Ditaja 90%‘ tau, biasa lah kalau menjadi selebriti terkenal semuanya ditanggung. Patut lah wang hantaran berjumlah RM50,000. Opsss!

Fadzil Zahari dan Yana Samsudin diijabkabulkan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars di kediaman keluarga pengantin perempuan di Yong Peng, Johor dengan mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM50,000.

Majlis pernikahan itu menyaksikan Yana menerima lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran kepada Fadzil.

Tahniah buat kedua pasangan mempelai. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga hujung nyawa dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan.

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil2

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil3

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil4

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil5

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil6

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil7

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil9

Gambar Sekitar Pernikahan Yana Samsudin Dan Fadzil8

Terima kasih kepada @CSTPRODUCTION kerana sudi merakam detik indah pasangan romantis Yana Samsudin dan Fadzil Zahari. Semua gambar yang dikongsikan sangat menarik dan membuatkan peminat gembira dengan setiap kenangan indah sepanjang majlis pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari berlangsung.

34 total views, 34 views today

ep2p-2