VERSI ZIZAN PULA KENAPA EMMA MAEMBONG MINTA PUTUS HUBUNGAN




Ramai yang tertanya-tanya apa punca sebenar perpisahan antara Zizan Razak dengan Emma Maembong. Hari ini, melalui Utusan Malaysia, Zizan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” kata Zizan.



Difahamkan Emma bergaduh dengannya kerana hasratnya ingin membeli kereta sport yang dianggap membazir. Tetapi, bagi Zizan itu adalah perkara yang kecil sahaja. Bagaimanapun, Emma telah lama menyimpan rasa berkenaan dengan perkara itu.

Walaupun Zizan dan Emma sudah putus, Zizan mengakui dia masih menyintai Emma. Apa drama seterusnya? Zizan pujuk Emma? Atau Emma akan dedahkan kereta apa yang ingin dibeli oleh Zizan? Tunggu.

Sumber

ep2p-5small