TuneTalk Bakal Memperkenalkan Sokongan 4G LTE Pada Minggu Hadapan

TuneTalk merupakan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan, dimana mereka beroperasi dengan menggunakan rangkaian Celcom, tetapi hadir dengan penawaran yang berasingan dan lebih tertumpu kepada pengguna data.

Tune LTE

Setelah beroperasi sejak beberapa tahun lepas, kini pihak TuneTalk dilihat telah bersedia untuk memperkenalkan perkhidmatan rangkaian 4G LTE mereka tersendiri.

Melalui Twitter, pihak TuneTalk mengatakan mereka akan melancarkan kad-SIM khusus pada minggu hadapan bagi menyokong rangkaian 4G LTE ini, dan pengguna sedia ada perlu menggunakan SIM baru ini untuk menggunakan rangkaian 4G LTE ini.

Pihak TuneTalk mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai apakah yang akan ditawarkan melalui rangkaian 4G LTE ini pada minggu hadapan.

ep2p-5small