Tips Senaman Di Meja Kerja

Kesibukan di tempat kerja kadang-kadang menghalang kamu dari bersukan. Balik rumah, dah penat. Tapi kamu pun mahu kehidupan sihat seperti orang lain. Kami kongsikan kali ini tips senaman yang boleh kamu lakukan hanya dari meja di tempat kerja kamu.

1. Senaman kaki

Cara-cara: Berjalan ulang-alik ke meja rakan di kubikel lain. Lebih jauh, lebih bagus. Pastikan momentum kamu semasa berjalan ke meja sebelah sana tu sentiasa  menaik. Namun ketika hendak berpatah balik ke meja kamu sendiri, lakukan pergerakan seperlahan mungkin. Senaman ini boleh menguatkan otot paha dan betis, selain dari dapat mengurangkan waktu bekerja.

senaman-kaki

 

2. Senaman mulut

Cara-cara: Ajak rakan sepejabat kamu berbual-bual. Kajian menunjukkan bersembang boleh mengurangkan kedutan di sekitar mulut dan pipi. Lebih lama ia dilakukan, lebih baik untuk mulut kamu. Tetapi jika kamu bergossip atau mengumpat, kajian menunjukkan ia boleh memperdekatkan lagi jarak antara kamu dengan neraka. Dosa woi.

senaman-mulut

 

3. Senaman mata

Cara-cara: Tutup mata kamu selama sejam atau lebih. Pastikan ketika menutup mata, nafas kamu ditarik dan dihembus dengan teratur. Jika terdapat sebarang gangguan, abaikan. Senaman ini bukan saja boleh menyegarkan mata, ia juga boleh mengurangkan lingkaran hitam sekitar mata kamu.

senaman-mata

 

4. Regangan otot

Cara-cara: Pilih apa-apa lagu rancak di Facebook, pasangkan dengan volume bersemangat dan goyangkan bahu kamu ke depan dan belakang. Dengan ini, otot kamu yang menegang akibat stress bekerja sekitar leher dan bahu boleh diregangkan. Jika kamu ditegur boss, nyatakan padanya, dia sendiri pun perlukan senaman regangan otot ini dan ajaklah dia bersenam bersama-sama.

regangan-otot

 

5. Senaman jari-jemari

Cara-cara: Buka Facebook.com dan login. Buka bahagian chat dan berbual dengan sesiapa yang sedang online selama satu jam tanpa henti. Dengan ini, jari-jemari kamu akan menjadi kuat, sihat dan dapat membuat kerja dengan lebih pantas.

senaman-jari-2

ep2p-5small