Samsung Galaxy J1 Diumumkan Secara Rasmi

Jika anda mengikuti perkembangan telefon pintar Samsung, mereka mempunyai satu tabiat untuk melancarkan seberapa banyak model telefon pintar yang mungkin dan kemudian melihat model mana yang menjadi. Tahun ini syarikat itu ingin mengurangkan bilangan model telefon pintarnya dan setakat ini model terbaru yang keluar selain model Galaxy S adalah model Galaxy A dan E. Kini Samsung menambah satu lagi model dengan memperkenalkan model Samsung Galaxy J1.

samsung_galaxy_j1-320-80

Samsung Galaxy J1 Diumumkan Secara Rasmi

Samsung Galaxy J1 merupakan sebuah telefon pintar peringkat permulaan yang dikeluarkan Samsung untuk bersaing dengan Motorola Moto G. Spesifikasinya rendah dan dijangka menyasarkan pasaran negara membangun.

Ia dilengkapi pemproses dual core 1.2GHz, 512MB RAM, 4GB ruang storan skrin 4.3 inci 480 x 800, bateri 1850mAh yang boleh ditanggalkan, slot kad Micro SD,  kamera utama 5MP dan kamera hadapan 2MP. Di samping itu, ia menjalankan Android 4.4 Kitkat dan menyokong rangkaian 3G HSPA+. Ia juga menyokong dua kad SIM

Ia kini dilancarkan di Malaysia di mana anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web Samsung Malaysia, namun ia tidak dihebahkan di media antarabangsa menandakan ia mungkin hanya akan dijual secara terhad di pasaran terpilih sahaja.

The post Samsung Galaxy J1 Diumumkan Secara Rasmi appeared first on TechKini.com.

ep2p-5small