Rozana Ubah Wajah,Guna Susuk,Siapa Pula Santau Awie?

Di dalam Harian Metro hari ini, Awie mendakwa dia terkena santau tuju-tuju. Agak teruk jugak santau yang dikenakan kerana Awie muntah bulu ayam dan jarum ketika mendapatkan rawatan dengan seorang bomoh di Perak.

Kata Awie:-

Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saran beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional. Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa bulu ayam dan jarum halus keluar dari tubuh saya. Saya dimaklumkan ia angkara buatan orang yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan.

Peguam syarie Awie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa penemuan tersebut merupakan antara lapan sebab Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, memfailkan permohonan hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lalu.

Menurut Zaidi, Awie mempercayai isterinya mengamalkan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul ekoran barangan terbabit ditemui disorok di bawah tilam, dalam almari pakaian, tertanam dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barangan perhiasan di rumah mereka.

“Barangan itu ditemui selepas Awie berubat dengan seorang ustaz setelah mengalami sakit misteri pada 1 Jun 2014 sebelum ustaz itu memberitahu Awie terkena sihir disyaki dilakukan oleh orang yang sangat hampir dengannya,” kata Mohd. Zaidi.

Seram jugak cerita Awie nie. Kira tahap hebat jugaklah orang yang menghantar santau ini. Sampai termuntah bulu ayam dan jarum. Sebelum mendapatkan rawatan tradisional, Awie telah pun pergi buat check up di hospital. 

Namun doktor hanya memaklumkan yang Awie memiliki batuk biasa. Siap buat x-ray lagi untuk mengenal pasti punca penyakit batuk-batuk tetapi pihak hospital masih gagal mengesan. Seram kan?

Apa pun harap Awie tabah dengan dugaan ini. Teruskan berubat secara tradisional. Jaga kesihatan elok-elok sebab tanpa suara yang mantap itu, siapalah Awie.

Sementara itu 

AKSI wajah Rozana ketika hadir perbicaraan kes hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

Rozana Misbun didakwa mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka selepas penemuan barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen.

Barang barang tersebut termasuk patung logam Buddha ditemui di rumah kelamin Awie & Rozana Misbun di Ukay Bestari, Ampang yang didakwa disorokkan oleh wanita itu.

Selain itu, turut ditemui adalah tangkal yang dibungkus dalam kain hitam dan kuning serta tali pusat bayi dan barang-barang lain dibungkus dalam kain dari warna sama.

Barang-barang ini ditemui sebelum dan selepas Rozana Misbun meninggalkan rumah Awie. Barang itu dikatakan telah disorok di bawah tilam, di dalam almari pakaian, ditanam di dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barang perhiasan di ruang tamu.

Rozana Misbun juga ada mengaku kepada Awie memakai botox dan juga susuk untuk menukar wajahnya.

ep2p-5small