Orang Awam Ini Berani Halang Perompak Bersenjata Parang (Video)

Orang Awam Ini Berani Halang Perompak Bersenjata Parang (Video) | LIVERPOOL – LONDON. Aksi seorang lelaki berpakaian sut lengkap cuba menahan seorang daripada tiga perompak kedai jam dari melarikan diri, Khamis lalu, mendapat perhatian ramai di laman YouTube.

Aksi ‘hero’ lelaki berkenaan tamat apabila berkenaan perompak mengeluarkan sebilah parang dan memaksa orang awam itu berundur.
Sebuah video yang menunjukkan usaha lelaki berkenaan berjaya dirakam oleh perakam amatur dan dimuatnaik ke laman YouTube.

Menurut laporan Dailymail.co.uk, polis berjaya menangkap seorang dari tiga perompak berkenaan.
Perompak tersebut, Alex Parle, 22, akan didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan mengancam menggunakan senjata tajam.
Sehingga kini, identiti orang awam yang cuba menjatuhkan perompak berkenaan belum dikenal pasti.

Video :

ep2p-2