Neelofa Jawab Isu Qari Sentuh Kepala

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

“Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.
// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
“Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar,” katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era (AME 2015) yang berlansung di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.

Status di Instagram inilah menjadi pertikaian apabila Neelofa memuat naik gambar tanpa menulis kapsyen bagi menjelaskan apa sebenarnya berlaku.

Pengacara program MeleTOP itu turut bertindak sebagai hos acara berkenaan bersama Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Malah Neelofa turut dicalonkan dalam kategori Hos TV MeleTOP.

Anugerah berkenaan bakal berlangsung pada 22 Febuari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Dalam pada itu, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu.

Katanya, isu berkenaan sangat sensitif dan langkah mendiamkan diri adalah yang terbaik kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham.

“Tiada apa yang boleh saya katakan dan saya pilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu,” jelasnya.

ep2p-5small