Najib Dijangkiti E Coli Setelah Mengharungi Banjir

Perdana Menteri bergegas pulang ke Malaysia pada 26 Disember lalu, memendekkan percutiannya di Amerika Syarikat (AS) untuk melawat negeri-negeri yang terjejas teruk kerana banjir.

“Doktor nasihat supaya berehat.

“Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin,” tulis Pejabat Perdana Menteri melalui akaun Twitter @PMOMalaysia hari ini.

Sebagai respon kepada tweet Pejabat Perdana Menteri Najib berkata: “Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.”

E coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.
  
Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

– themalaysianinsider

ep2p-5small