My Kuali: muffin ulang tayang….

 buat muffin ni masa sebelum g kk lagi tapi sejarahnya nak jugak post kat rumah maya kak rose ni… sejak berpindah ke Penang ni memang belum dapat bersilat didapo sepenuhnya…. baru sepuluh hari kat sini, ikut en asben g kursus kat KK dan lepas tu g KL pulak…. kira 2 minggu jugak tinggalkan rumah ni dan dapo kak rose memang di hotel jer la sepanjang tu. best jugak, ari2 makan yang dah tersedia, sedap2 pulak tu…. tapi ade jugak yang kak rose saja meronda2 cari lunch dan dinner kat luar… nak jugak rasa pilihan yang lain kan…. seafood yang fresh jugak menggamit rasa nak singgah makan kat tepi laut…. best!

muffin ni kak rose buat guna resepi yang dah beberapa kali cuba, memang menepati citarasa, tu lah yang buat berulang2…buat pun hanya separuh dari adunan ni dan dapat lah enam ketul beso2 ni.. cukuplah untuk kami berdua… mekasih Noor Secubit Garam kongsikan resepinya.

COKLAT CHIP MUFFIN

250gm tepung
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
175gm gula
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.

ep2p-2