My Kuali: Ayam kandar

Nak jadi rakyat penang kena lah blajar makan nasi kandar kan… dan hari pertama sampai sini mmg tempat yang memula dituju ialah Line Clear….warung nasik kandar yang pemes sekali kat penang ni… actually tak lah suka sangat makan nasi kandar ni, tapi ikut en asben yang nak makan, so kita pun join sekali la… kak rose memang tak tahan dengan segala kuah pedas yang ditaruh dalam nasik tu… so kak rose punya nasi tak banjir, cuma ayam goreng n sayur2 jer… dan bila rasa nak makan macam nasi kandar tu kita buat sendiri jer… ikut tekak kita yang tak tahan pedas…

 resepi ayam kandar ni pernah kak rose tepek kat sini, mekasih pada cikgu hana yang kongsikan resepinya….

Bahan-bahan

1/2kg ayam
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
Kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa
air
(kak rose tambah 1 sudu kecil cili blend)

ayam kandar+peria goreng dengan udang kering n cili api+nasik panas2…..

Cara-cara Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

ep2p-5small