Monyet Beri Bantuan Kecemasan?

New Delhi: Orang ramai di sebuah stesen kereta api di utara India sempat memerhatikan bagaimana seekor monyet menyelamatkan rakannya yang terkena renjatan elektrik dan pengsan di landasan.

Monyet yang terkena renjatan elektrik itu jatuh di tengah landasan selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi di stesen berkenaan di Kanpur, bandar di utara India.

Rakannya datang untuk menyelamatkannya dan dia dirakam mengangkat monyet yang tidak sedarkan diri itu, menggoncangnya serta merendamkan seketika dalam lopak berlumpur sebelum menggigit kepala dan kulit sehingga mangsa sedar beberapa minit kemudian.

Monyet yang menjadi mangsa renjatan elektrik itu, dengan berlumpuran lumpur dilihat membuka mata dan bergerak semula tidak lama selepas itu. – AP

ep2p-5small