Mojo Berjanji Akan Busking Bersama Caliph Buskers Untuk Balas Jasa,


Caliph Buskers sebelum ini merupakan penghibur jalanan cacat penglihatan yang sering dilihat di sekitar Kuala Lumpur dan Edry KRU berbesar hati untuk memberikan mereka peluang besar untuk muncul di pentas Anugerah Juara Lagu di hadapan ribuan penonton.
Dalam temubual bersama radio Era FM pagi ini, Edry KRU berkata yang beliau dan kumpulan Mojo berjanji akan keluar busking bersama Caliph Buskers di lokasi biasa mereka sebagai membalas jasa membawakan lagu Romancinta dengan penuh berkesan di AJL 29.
Selain itu, kami juga ada dengar cerita yang KRU Studios berminat untuk mengambil kumpulan istimewa ini untuk bernaung di bawah syarikat rakaman mereka. Selari dengan saranan peminat yang mahu melihat Caliph Buskers pergi lebih jauh selepas ini. (rtky/m)

ep2p-5small