MH370 Diisytihar Kemalangan, 239 Penumpang, Kru Dianggap Terkorban

PETALING JAYA: Tragedi membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 diisytiharkan sebagai kemalangan, manakala semua 239 penumpang serta kru dianggap telah terkorban.

Pengumuman rasmi kerajaan Malaysia itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi siaran rakaman yang disiarkan di RTM1 pada petang, Khamis.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
akaun mh370“Selepas 327 hari operasi mencari dan menyelamat, kemudiannya ke fasa mencari dan penemuan semula pesawat itu, didapati tiada yang dikesan terselamat.

“Sehubungan itu, dengan berat hati dan bagi pihak kerajaan Malaysia diisytiharkan MH370 satu kemalangan berdasarkan standard Annex 12 dan 13 yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya.

Azaharuddin berkata, pengisytiharan itu juga bagi membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang diperlukan terutama dalam proses pampasan.

“Ketika ini, pihak MAS sudah bersedia untuk menjalankan proses pampasan untuk semua waris mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau memberi jaminan usaha mengesan pesawat berkenaan akan diteruskan sehingga semua ditemui atau tiada lagi harapan.

ep2p-2