Laman Web MAS Digodam

Setelah menggodam Playstation Network (PSN), kumpulan penggodam Lizard Squad telah menggodam laman web syarikat penerbangan Malaysia, MAS. Sehingga kini (12pm) laman web tersebut belum lagi diperbaiki dan memaparkan gambar seperti di bawah.

MAS Hack

Laman Web MAS Digodam

Laman web MAS, www.malaysiaairlines.com telah digodam oleh kumpulan penggodam Cyber Caliphate dipercayai sebahagian dari kumpulan penggodam Lizard Squad. Laman web itu juga memaparkan beberapa nama yang dipercayai individu berkaitan penggodaman ini dan memainkan lagu rap sebagai lagu latar belakang. Nama-nama yang disebut ialah :

Greetz 2:, Lizard Squad, UGNazi, NATHAN NYE dan HENRY BLAIR STRATER.

Setakat ini MAS belum memberi sebarang kenyataan media di samping menutup sementara laman web tersebut untuk memperbaikinya, namun, diharap pihak MAS dapat memperbaiki masalah ini secepat mungkin kerana ia akan memberi kesan langsung kepada jualan tiket memandangkan pelanggan tidak dapat membeli tiket melalui laman web tersebut.

The post Laman Web MAS Digodam appeared first on TechKini.com.

ep2p-2