Kotak Hitam QZ8501 Dijumpa

PANGKALAN BUN, Indonesia – Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah berjaya menemui kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa petang semalam.

Perkara itu di­sahkan oleh pegawai kanan kementerian ber­kenaan, Tonny Budiono malam tadi.

Bagaimanapun menurut Tonny, pasukan penyelam masih gagal menaikkan kotak hitam itu kerana objek tersebut dikatakan tersangkut di bawah beberapa serpihan daripada badan pesawat yang terbenam.

“Penyelam dari Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut dari kapal Jadayat berjaya mengesan alat yang penting itu,” katanya.

Perkembangan itu memberi peluang cerah kepada pasukan penyiasat untuk menemui kotak hitam yang dipasang pada pesawat terbabit sekali gus menjawab misteri nahas QZ8501. – Kosmo

ep2p-2