Ismail Sabri Bidas Aksi Pembangkang Isu Banjir

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap Putrajaya kerana melekat gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan beliau sendiri pada kampit beras yang dihantar sebagai bantuan kepada mangsa banjir.

“…kalau nak politikkan banjir, ada pemimpin pembangkang, gambar air kat dada pun ada, ambil gambar, untuk apa it?

“… tak tau dia buat photoshop ke, kita pun tak tahu, tapi takde siapa yang komen…,” katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya, demikian menurut KiniTV.

Ismail ditanya sama ada kerajaan telah mempolitikkan bantuan tersebut dengan meletakkan pelekat berkenaan.

Beliau nampaknya merujuk kepada gambar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang melutut dalam air banjir yang tersebar di Facebook.

Ismail berkata tidak kira apa jua aksi, semua orang mempunyai kaedah mereka sendiri untuk membantu mangsa banjir.

Beliau juga mengulangi mesej teks kepada Malaysiakini semalam bahawa apa yang paling penting ialah bantuan sampai kepada mereka yang memerlukannya.

“…. (setiap orang) ada cara masing-masinglah dalam waktu banjir ini. Ada buat photoshop untuk popularkan diri dia, selam dalam air. Air kat lutut jadi kat dada.

“Ada tak peduli gambar, tapi nak hantar barang… ada cara masing-masing, asalkan barang itu sampai (kepada mereka yang memerlukannya),” tegas Ismail.

– malaysiakini

ep2p-2