Ibu Paksa Anak 2 Tahun Hisap Syabu (Video)

Ibu Paksa Anak 2 Tahun Hisap Syabu (Video) | PERBUATAN wanita dalam video ini boleh dikatakan kejam, tak bertanggung jawab, dangkal, bodoh, jahat dan lain-lain sifat negatif seumpamanya.
Bayangkan.. kalau kanak-kanak lain mungkin diajar membaca, menulis dan mengaji lain pula ceritanya dengan situasi ini.
Menerusi satu video berdurasi 15 saat yang semakin viral, seorang kanak-kanak baru berusia antara 2 hingga 4 tahun telah diberikan dadah dipercayai jenis syabu untuk dihisap.
Terdapat portal yang melaporkan kanak-kanak dalam video ini adalah budak lelaki berusia 2 tahun dan yang memberikan dadah itu ibunya sendiri tetapi sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan.
Apa yang mengejut lagi menyakitkan hati, keadaan kanak-kanak itu yang terbatuk sebaik disuruh menghisap dadah langsung tidak mendatangkan simpati wanita dalam video ini sebaliknya si kecil itu disuruh hisap lagi untuk kali kedua!
Tinjauan kami berhubung video ini yang termuat di beberapa laman sosial mendapati ramai yang menghamburkan rasa marah dengan tindakan wanita yang menyuruh kanak-kanak terbabit menghisap syabu, begitu juga pihak yang merakam video ini tanpa rasa bersalah.
Seperti diketahui ramai, syabu adalah dadah berbahaya yang boleh mendatangkan mudarat dan ketagihan selain merosakkan fikiran. Bayangkan apabila ia diberikan kepada budak kecil.. kan jahat lagi bangang namanya tu?
Video:

ep2p-5small