Hafiz dan Effy Tunang Februari

Penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, sebelum ini upacara merisik telah diadakan di rumah gadis pilihannya itu di Kuching, Sarawak pada 21 Disember tahun lepas.

Beliau yang membuat pengakuan itu memberitahu wartawan gadis yang akan disuntingnya itu berusia awal 20an.

“Saya cuma boleh beritahu nama gadis tersebut Effy dan tidak boleh mendedahkan terlalu mendalam tentang identiti tunang saya itu kerana tidak mahu mengganggu privasinya yang kini masih lagi belajar,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di sini pada Isnin.

Ketika ditanya tentang perkenalan mereka, penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano itu berkata, mereka sudah berkenalan sejak lima tahun lalu, iaitu ketika dia belum lagi bergelar artis.

Ujarnya, sepanjang perkenalan dengan bakal tunangnya itu dia tidak tahu bahawa gadis tersebut menaruh hati kepadanya sehinggalah mereka menjalinkan ikatan percintaan pada awal tahun 2013.

Menjawab pertanyaan mengapa dia membuat keputusan untuk menjadikan gadis tersebut sebagai teman hidupmnya Hafiz memberitahu dia tertarik ekoran Effy seorang yang sangat lemah lembut dan begitu menghormati orang tua.

“Berkenaan dengan perancangan untuk berkahwin pula, saya akan tunggu bakal tunang saya itu tamat belajar dahulu yang akan berakhir pada pertengahan 2016,” katanya.

Hafiz menjelaskan, majlis pertunangannya itu nanti dirancang akan diadakan di Hotel Pullman, Kuching.

ep2p-2