Bersara Jika Hukuman Gantung Dua Tahun Kekal – Chong Wei

Lee Chong WeiPETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei akan bersara dari dunia badminton jika hukuman digantung beraksi selama dua tahun kekal kerana gagal dalam ujian doping.

“Jika kekal dua tahun, saya tidak akan meneruskan karier saya selepas itu,” jelasnya ketika ditemu bual bersama BBC.

Pemain  berusia 32 tahun itu berkata, beliau akan kembali ke aksi kompetitif sekira rayuan kes doping ini berjaya.

Chong Wei diuji positif sejenis bahan terlarang Dexamethasone ketika beraksi pada Kejuaraan Dunia di Copenhagen Ogos lalu.

Beliau kini digantung daripada menyertai sebarang aksi dan boleh dikenakan penggantungan sehingga dua tahun.
// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
Rayuannya akan didengari oleh panel pendengaran pada minggu pertama bulan Februari ini.

Chong Wei berkata, saat yang sukar sebelum keputusan rayuan diputuskan.

Tambahnya, beliau sangat sedih selepas diuji positif dan tidak pernah berada dalam situasi seperti ini.

“Ketika dengan situasi ini ramai penyokong di seluruh dunia memberi sokongan kepada saya dan berharap akan beraksi lagi.

“Saya hanya menemui bahan ini selepas diuji positif. Jadi sekarang saya terpaksa berdepan dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

ep2p-2