Bahagian Ekor Pesawat QZ8501 Ditemui

Serpihan pesawat terbabit ditemui oleh kapal MGS Geo Survey dan bahagian terbabit merupakan tempat terletaknya kotak hitam dan perakam data penerbangan pesawat.

Penemuan itu juga diharapkan mampu memberi jawapan kepada pasukan penyiasat mengenai punca sebenar nahas.

Setakat ini, 39 orang mangsa nahas ditemui sementara 76 orang masih dicari.

Pesawat Airbus A320-200 itu berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi pada 28 Disember dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan menara kawalan trafik udara Jakarta ialah pada 6.12 pagi waktu Indonesia.

Daripada 155 orang penumpang, 149 adalah dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, satu dari Singapura, Malaysia dan Britain. Anak kapalnya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan satu warga Perancis.

ep2p-2