Asus ZenWatch Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia

Berbeza dengan apa yang dikongsikan Asus sebelum ini, hari ini Asus Malaysia mengatakan mereka terpaksa membatalkan untuk membawa masuk ZenWatch ke pasaran Malaysia, sekaligus membuatkan mereka tidak akan memasarkan peranti boleh-pakai mereka itu untuk pasaran tempatan.

Asus Malaysia

Asus ZenWatch merupakan jam tangan pintar pertama daripada Asus yang mana menggunakan sistem operasi berasaskan Android Wear. Jam tangan pintar Asus ini membawakan rekaan segi empat-sama bersaiz 1.63-inci, cip pemprosesan 1.2Ghz, memori 512MB RAM, dan turut hadir dengan sokongan sensor untuk denyutan jantung, serta sokongan kalis air IP5S.

Asus mengatakan ZenWatch generasi pertama ini ditujukan kepada negara-negara maju terlebih dahulu, dan mereka menyasarkan untuk membawa masuk ZenWatch 2 apabila ia hadir kelak.

Dengan tidak memasuki ke pasaran Malaysia ini, ia sekaligus menjadikan tanda tanya siapakah akan menjadi syarikat pertama memasarkan jam tangan pintar berasaskan Android Wear ke Malaysia.

ep2p-2