Asus ZenFone 2 Hadir Ke Malaysia Suku Kedua 2015

Telefon pintar siri Asus Zenfone sememangnya popular di kalangan pengguna Malaysia dengan lebih 700,000 unit terjual pada tahun 2014. Berkenaan penggantinya, Asus Zenfone 2, Asus Malaysia mengumumkan bahawa telefon pintar tersebut akan memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua tahun ini.

asus-zenfone-2

Asus ZenFone 2 Hadir Ke Malaysia Suku Kedua 2015

Asus Malaysia mengumumkan bawhawa telefon pintar Asus Zenfone 2 akan memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua tahun ini. Di samping itu, Asus juga akan melancarkan Asus Zenfone Zoom yang dilengkapi lensa zum 3X.

Berbanding ZenFone asal yang diperbuat daripada plastik, Asus Zenfone 2 mempunyai badan diperbuat dari logam dan berbentuk lebih melengkung untuk keselesaan pengguna. Ia dilengkapi dengan skrin 5.5 inci IPS HD penuh dengan kepadatan piksel 403ppi yang dilindungi Gorilla Glass 3 dan mempunyai masa respon sentuhan 60ms.

asus-zenfone-2-zenfone-zoom

Selain mempunyai bingkai skrin yang hanya senipis 3.3mm dan ketebalan 3.9mm pada bahagian ternipisnya, telefon pintar ini mempunyai prestasi pemprosesan yang unggul dan mempunyai 7x prestasi gaming berbanding Zenfone 5 terkini. Ia dilengkapi pemproses Intel 64-bit 2.3GHZ Atom Z3580 yang disokong 4GB RAM  “dual channel”.  Terdapat juga model yang lebih rendah dengan 2GB.

Dari segi ruang storan, terdapat pilihan 16GB, 32GB dan 64GB yang turut disokong oleh slot kad Micro SD untuk mempertingkatkan lagi jumlah storan sebanyak 64GB. Kamera utamanya pula berkeupayaan 13MP f/2.0 PixelMaster manakala kamera hadapannya 5MP. Mod rendah cahayanya mengambil gambar 400% lebih terang dan berfungsi pada kedua-dua kameranya. Ia dilengkapi flash Dual Colour Real Tone yang memberikan pencahayaan yang lebih asli.

Asus ZenFone 2 boleh didapati dalam warna kelabu, hitam, merah, putih dan emas.

150106-asus-zenfone-2-official-08

Setakat ini Asus tidak mendedahkan harga jualannya di Malaysia, namun pada acara CES 2015 yang lalu, ia dipamerkan dengan harga USD 199 (RM716++) untuk model berspesifikasi rendah dan USD 399 (RM 1,437++) untuk model berspesifikasi paling tinggi.

Selain itu, Asus juga telah membatalkan rancangannya untuk membawa masuk jam tangan pintarnya ke Malaysia. Pada masa ini, peranti yang dikuasakan Android Wear itu dijual di pasaran terpilih sahaja dan Asus Malaysia lebih memfokuskan kepada model jam tangan pinar seterusnya yang akan mempunyai jangka hayat  bateri selama seminggu.

The post Asus ZenFone 2 Hadir Ke Malaysia Suku Kedua 2015 appeared first on TechKini.com.

ep2p-5small