Apple Watch Dipasarkan Pada Bulan April

CEO Apple, Tim Cook mengumumkan bahawa jam tangan pintar keluaran syarikat itu, Apple Watch akan mula dipasarkan dalam bulan April. Beliau mengumumkan berita tersebut dalam satu acara pengumuman perolehan suku keempat 2014 bersama pelabur di mana ia mencatat keuntungan terbesar dalam sejara sesebuah syarikat hasil dari jualan iPhone 6/6 Plus dan perkembangannya di China.

Apple Watch

Apple Watch Dipasarkan Pada Bulan April

Apple akan mula memasarkan Apple watch pada bulan April nanti, kata CEOnya, Tim Cook. Berita ini mengiringi berita bahawa Apple mencatat keuntungan tertinggi dalam sejarah dunia bagi sesebuah syarikat dalam masa sebuah suku tahun di mana ia mencatat keuntungan sebanyak USD18.04 Billion pada suku keempat 2014.

Sejak melancarkan produk itu September lalu, ia tidak mendedahkan tarikh pelancarannya melainkan menyebut ia akan dilancarkan pada Awal tahun 2015. Kini ia telah mengumumkan tarikh lebih spesifik iaitu April yang mungkin boleh dianggap oleh sesetengah orang sebagai terlalu lewat untuk dikatakan “awal 2015″.

Walaubagaimanapun tiada perubahan atau maklumat baru mengenai harga jualannya yang setakat ini diumumkan bermula pada harga USD349 pada bulan Septembar lalu. Jam tangan pintar itu dikeluarkan dalam 3 model, model biasa, Apple Watch Sport dan Apple Watch Edition yang premium dan dikatakan akan mencapai ribuan dolar serta disasarkan untuk bersaing dengan jenama jam mewah dan terkenal.

The post Apple Watch Dipasarkan Pada Bulan April appeared first on TechKini.com.

ep2p-5small