AirAsia Indonesia Tidak Ikut SOP

Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.

Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

“Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar,” kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.

Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.

“Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.

“Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG),” kata Hadi.

Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah “cara tradisional” mereka.

Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.

Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang.

ep2p-5small