Teknologi Negara Holland Dalam Menghadapi Banjir Besar

Tidak salah sekiranya kita mempelajari teknologi bagaimana untuk meminimumkan banjir, yup kita faham sekiranya hujan tanpa henti, dan bilamana empangan semakin tidak mampu menahan air, maka air akan dilepaskan, air yang maksimum turun ke sungai dan bila sungai tidak mampu menampung air, maka melimpah dengan sangat tidak terkawal, di kawasan tinggi pun akan mengakibatkan banjir besar berlaku.

walauapapun idea, kita terimalah hakikat, bila banjir ini berlaku, banyak harta benda musnah, ternakan, malah nyawa kita sebagai manusia pun tiada nilainya, mungkin benar, sesuatu musibah itu terjadi ada hikmahnya, berfikirlah kita secara rasional dalam menangani keadaan bencana yang kita sendiri tak mampu mengagak.

berbalik kepada idea teknologi anti banjir itu, melihat keadaan banjir di pantai timur, sememangnya bencana ini adalah paling terburuk, sejak tahun 1971(banjir besar melanda kuala lumpur), mudah-mudahan musibah ini menyatukan kita umat Islam supaya bersama-sama berganding bahu membantu tidak kira parti politik mana.

anti banjir1

TEKNOLOGI HEBAT DALAM MENGHADAPI BANJIR DARI NEGARA HOLLAND!

Melihat rakan facebook mengongsikan kisah ‘teknologi menghadapi banjir’ dari negara luar menggerakkan hati ini untuk baca lebih lanjut kisah tersebut.

Antara artikel yang menarik perhatian adalah pendekatan kerajaan Holland dalam menangani banjir. Rupanya, negara Holland adalah negara yang berada di bawah paras laut dan amat mudah menerima ancaman (susceptible) banjir jika aras air laut meningkat.

Selepas berlaku banjir yang amat buruk pada tahun 1953 (yang mengorbankan lebih 2000 nyawa), kerajaan Holland telah mengambil langkah serius untuk mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berlaku lagi.

Mereka ada ‘water management system’ yang merupakan antara yang terbaik di dunia.

Di peringkat awal, mereka mebina ‘dikes’ yang merupakan kawasan tanah yang ditinggikan di sepanjang kawasan sungai. Jika air sungai meningkat, ia tidak akan membanjiri kawasan penempatan penduduk.

Tapi, ‘dikes’ ini ada risiko gagal untuk berfungsi (contohnya boleh runtuh/pecah), dan boleh menyebabkan banjir yang teruk di kawasan penempatan penduduk.

Terkini, kerajaan Holland memperkemaskan lagi ‘water management system’ mereka dengan projek yang dinamakan ‘Room for the River’.

Sebuah projek yang mahal bernilai €2.3 billion.

Secara literalnya, projek ini bertujuan berikut: ‘to allow the river to flood safely’ yakni ‘mengalu-alukan’ kedatangan air bah tetapi dengan ‘design’ yang selamat untuk penduduk.

Di sini ada sebuah video yang dapat memberi sedikit-sebanyak gambaran mengenai projek ini:

sumber: headbomb.blogspot.com

Incoming search terms:

  • banjir besar 1971
  • banjir dalam al quran
  • ceramah tentang musibah banjir besar pada disember 2014
  • negara menghadapi banjir

ep2p-5small