Pengalaman Pahit Ketika Jadi Anak Angkat

SAM_4008 

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA UNTUK DCCK  14 DIS 2014

“SEBELUM anda baca tulisan ini, saya mohon anda terimalah dengan positif, bukan niat saya mengaibkan ibu yang melahirkan mahupun ibu angkat yang membesarkan saya, adik beradik kandung dan adik beradik angkat, tapi ini adalah luahan rasa dari jiwa ini yang tidak pernah tenteram kerana pengalaman pahit yang saya lalui semasa kecil telah meninggalkan luka teramat besar dalam hidup saya hingga kini.

“Ngeri kerana kekejaman dan kesakitan yang saya lalui zaman kanak-kanak menghantui hidup ini membuatkan perjalanan hidup saya sering tersangkut dek memori silam. Percayalah wang ringgit, kesenagan dan kemewahan tidak mampu membasuh luka hati ini dan membuang memori yang pahit itu. Percayalah kasih sayang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit dan harta benda ia adalah anugerah tidak ternilai harganya.’’ Itu luahan hati Norlaily dalam emelnya dan ketika kami berbual panjang baru-baru ini.

“Adik beradik tidak boleh marah, sebab mereka tidak merasa seksaan, penghinaan dan kesengsaraan yang saya lalui ketika kecil. Memang kami berkongsi ibu yang sama, dan ibu itu cukup sempurna pada mereka, tetapi tidak kepada saya, kerana saya diserahkan kepada ibu saudara yang juga ibu angkat yang tidak ada perasaan bertanggungjawab memelihara anak angkat sewajarnya. Walaupun kini saya hampir 40 tahun, tetapi saya tidak dapat melupakan penyeksaan yang saya lalui sejak kecil.

“Saya anak keempat dari 10 beradik. 5 beradik dari bapak kandung yang meninggal sejak usia saya 2 tahun dan 5 beradik dari bapak tiri satu ibu. Saya diberi kepada kakak mak kerana dia tidak ada anak perempuan. Niatnya supaya menjaganya bila tua nanti.

“Ada orang bahagia jadi anak angkat, tetapi saya cukup terseksa didera fizikal dan mental. 

Ketika diambil bermulalah episod hitam dalam hidup saya. Saya mula ingat tentang penderitaan saya ketika berusia 3-4 tahun. Saya sering dipukul dan disuruh buat kerja-kerja rumah pada usia itu. Kalau pinggan atau gelas pecah jari saya akan ditoreh dengan kaca tersebut hingga berlumuran darah.

“Penderaan berlaku hampir setiap hari hanya kerana kesalahan kecil, lambat basuh pingan, lambat masak nasi atau pergi bermain rumah kawan. Tiap kali kena pukul tak kira lidi penyapu, batang penyapu, batang ubi, kayu atau apa sahaja sempat dicapai, saya dipukul macam lembu hingga keletihan kerana menjerit dan menangis.

“Paling ngeri bila saya dibenam dalam longkang hampir lemas baru diangkat keluar oleh ayah angkat. Saya pernah dibaling dalam kolam itik yang kotor dan diikat pada pokok dan direnjis dengan sarang kerengga. Saya menjerit kesakitan kerana digigit kerengga, tapi mereka tak pedulikan. Kejam sungguh!

“Kini bila saya ingat kembali apalah besar sangat dosa saya hingga diseksa begitu, saya baru berusia 3 atau 4 tahun. Setimpalkah dosa saya lakukan dengan seksaan itu? Saya ingat satu malam raya kerana lambat buat kerja saya dikejar dengan parang, untung jiran datang selamatkan. Kalau tidak saya mesti dah kudung tangan.
“Kerana bencikan saya mak angkat hantar saya ke rumah nenek di kampung. Nenek dan makcik juga tak sukakan saya walaupun dia bela ramai cucu lain tinggal bersamanya kerana jarak sekolah dekat rumah nenek. Biasanya lepas masak makcik bungkus nasi dan diletak dalam bakul, dia suruh saya dan abang hantar ke sekolah untuk sepupu makan.

“Dia janji beri kami makan bila pulang nanti. Sampai di rumah hairannya abang diberi makan, saya tidak. Makcik kata nasi dah habis tunggu makan tengah hari. Saya hanya mampu bersabar menahan lapar dan menagis di bawah rumah hingga tertidur. Bila terjaga semua orang sudah makan, saya diberi makan nasi lauk kicap.

“Bila makcik kahwin dan ikut suami, semua sepupu pulang pada keluarga masing-masing. Tinggalah saya dengan abang. Nenek kaki jalan, dia tinggalkan kami dengan rumah dikunci, bila nak masuk kami panjat ikut lubang tempat nenek kencing waktu malam. Dalam rumah tiada makanan. Kerana lapar kami tangguk anak udang di sungai, kami bakar dan makan. Atau cari buah kemunting buat alas perut.

“Masa itu umur abang 7 tahun dan saya 6 tahun. Kerana 2 hari ditinggalkan masuk hari ketiga kami berjalan kaki ke rumah maklong. Kami tiba jam 9 malam. Maklong tak berapa suka. Sebab dia tahu kami datang kerana nak makan. Dia beri kami makan bubur, saya hirup bubur berlaukkan air mata kerana sedih bercampur lapar yang teramat.

“Sejak itu kami jarang ke rumaknya, tetapi kami ke kubur ayah, abang menangis meraung “ bak bangunlah Atan lapar, Atan nak makan’ katanya sambil menggoyangkan batu nesan. Saya turut menangis kerana memang lapar.

“Kerana hidup terseksa ada jiran beri kami makanan dan biskut. Ketika darjah 3 abang diambil oleh mak kandung tinggalah saya sendirian mengharungi kesusahan. Setiap kali pergi ke sekolah dengan perut kosong. Tapi saya bernasib baik ada guru suka berkongsi bekal makanannya dengan saya.

“Akhirnya saya dapat makanan untuk anak orang miskin di sekolah. Syukur, kerana bantuan itu bererti untuk saya. Tinggal dengan nenek pun saya selalu dipukul, ditingalkan dan tidak diberi makan. Bila darjah 3 mak angkat saya ambil saya balik.

“Kerana sekolah jauh biasanya saya jalan kaki dan berbasikal ke sekolah. Balik sekolah kerja rumah sudah menunggu. Masuk tingkatan 1 mak angkat hantar ke sekolah asrama berbekalkan duit RM5 sebulan. Sedangkan yuran asrama dan sekolah RM30, tapi tak pernah berbayar sepanjang tahun. Tetapi saya tetap tebalkan muka untuk tinggal di asrama sekolah itu. Sebab tak ada tempat nak mengadu.

“Saya ada sepasang baju sekolah. Beberapa helai baju kurang dan sehelai kain batik untuk pergi ke dewan makan. Memang susah. Tetapi saya terpaksa tebalkan muka.

“Walaupun sudah besar penderaan semakin teruk, nenek datang duduk dengan mak angkat dan dia memang suka berleter tak sukakan saya, akibatnya ayah angkat cepat baran dia pukul saya setengah mati. Jadi saya kerap lari masuk semak dan menyorok dalam hutan. Saya tak pernah takutkan hantu atau binatang liar. Pernah satu kampung cari saya sebab tak balik, akhirnya satu kampung tahu penderitaan saya.

“Jiran pernah nasihatkan emak ambil balik saya, tapi emak beritahu, jika duduk dengan emak di BI saya tak boleh sekolah sebab emak susah, dan kena tolong jaga adik-adik. Saya lalui zaman kanak-kanak dengan penuh sejarah hitam, tiada kegembiraan dan tiada alam kanak-kanak, hidup saya penuh ketakutan dan sentiasa berasa tidak selamat sebab sering dipukul bila-bila masa, oleh mak angkat, nenek dan bapak angkat saya.
“Saya masih ingat ketika berusia 4 tahun badan saya sangat kurus saya di jinjing seperti kucing dihumban ke dinding, disepak dan dibiarkan duduk di luar rumah sehingga lewat malam dalam kegelapan di kampung yang berhutan tebal.

“Sepanjang membesar jiran-jiran kampung amat bersimpati pada saya mereka beri bantuan makanan ataupun kasih sayang. Ada makcik jiran sering menagis bila dengar saya kena pukul, dia akan cari saya setiap kali lepas kena pukul, sebab saya akan lari masuk hutan, dia akan ubatkan saya, bagi makan sambil berlinangan air mata.

“Saya hairan kenapa ibu kandung saya tergamak biarkan hidup saya terseksa dan melihat penderitaan saya depan matanya. Saya lihat adik-beradik saya hidup bahagia, walaupun ramai, dan emak tak pernah pukul mereka, walaupun makan bercatu. Bapak angkat kerja buruh sesekali balik rumah. Bila emak berleter dia jadi marah terus pukul saya sampai lembik dan pengsan. Bila moodnya baik dia nasihat saya belajar sampai habis SPM lepas itu keluar dari rumah cari kerja dan kahwin. Saya memang tak faham mengapa ibu angkat begitu kejam, jangan ambil anak jika anak itu tidak disukai.’’ Itu cerita Norlaily panjang lebar tentang nasibnya.

 

Carian pelawat:dcck 16 nov 2014bapak angkatkata kata rintihan jiwa

ep2p-2