Kecoh Pelakon Cik Sotong Beli Arak Di Jepun?

Kecoh pula media sosial hari ini dengan penyebaran gambar pelakon Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di Jepun. Ini kerana dalam gambar berkenaan memaparkan gambar barangan yang dibeli oleh Sharnaaz.

Sharnaaz Ahmad beli arak di Jepun? Sekali pandang memang tidak ada yang tidak kena dengan gambar ini, namun apabila di zoomkan si satu bahagian, troli Sharnaaz mengandungi pek tin minuman keras (arak) berjenama ASAHI yang terkenal di Jepun.

Apa lagi, ramai la yang membincangkan isu berkenaan. Tidak kurang juga yang menghentam Sharnaaz dan mereka yang turut sama kelihatan dalam gambar tersebut. Sedangkan belum sah lagi adakah tin minuman arak itu adalah milik Sharnaaz.

Pada pendapat kami benda ini masih belum sah. Ia kemungkinan troli barangan itu milik orang lain dan Sharnaaz juga mereka yang berkenaan hanya tumpang bergambar sahaja. Mungkin juga ini gambar edit . Selain daripada itu, mungkin juga minuman berkenaan milik kru atau orang lain dan telah menumpang troli Sharnaaz. Apapun setahu kamilah kan, tolong bawa, hantar, beli arak ni pun ada hukumnya.

Untuk makluman anda, Sharnaaz Ahmad dan Hanis Zalikha ketika ini dikatakan berada di jepun untuk penggambaran drama ‘Suamiku Encik Sotong’. Bagi penjelasan mengenai isu ini sama-sama kita nantikan kepulangan mereka berdua. Mungkin ada sesuatu yang bakal mereka jelaskanSumber

ep2p-2