Jangan Aniaya Anak Yatim Doanya Tiada Hijab

 

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();

SAM_1396            

DCCK  21  DIS 2014   

BANYAK emel diterima bersimpati dengan nasib Norlaily, ada juga yang kurang yakin kerana tak mungkin ada ibu bapa angkat yang kejam. Tetapi pandangan dari Puan Sara agak berlainan, dia tak hairan kejadian seperti itu, kerana zaman ini pun ada ibu bapa kejam sanggup bunuh dan aniaya anak sendiri. Kalau dulu kerana kemiskinan, sekarang pun sama, akibat kurang sabar anak-anak jadi mangsa.

Oleh kerana banyak emel diterima dan ada antaranya bertanyakan keadaan Norlaily kini memaksa saya menghubunginya lagi memintanya bercerita lagi, walaupun beliau agak keberatan, namun kerana pembaca semua, bacalah kisah beliau di bawah ini.

“Pembaca tentu boleh membayangkan betapa teruknya saya diseksa ketika kecil, dan kesannya meninggalkan masalah kesihatan saya kini, kata doktor salah satu ovari saya rosak, tulang tangan dan kaki saya timbul sebab kena pukul dengan spana. Disebabkan muka saya sering kena penampar sendi muka saya tidak berfungsi serentak seperti orang lain. Rahang saya juga tidak berapa baik, doktor gigi yang merawat saya turut hairan.

“Menurut doktor keadaan tubuh saya tidak normal, kesannya bakal saya tanggung bila umur semakin meningkat nanti. Saya cuma mendengar kata-kata doktor sambil menahan air mata dari menitis keluar. Kesedihan saya telam dalam hati hingga kini.

“Bila teringatkan penderitaan saya ketika kecil tak tergambar dengan kata-kataa betapa azabnya hidup saya. Saya terpaksa menahan sakit berhari-hari dan berminggu minggu, malah berbulan-bulan. Hidup saya sentiasa dalam ketakutan, sebab saya boleh bayangkan dalam seminggu saya mesti kena rotan walaupun dengan kesalahan kecil.

“Selain didera mak angkat selalu halau saya balik ke rumah mak kandung, tidak benarkan saya ke sekolah, bakar baju sekolah dan buang kain baju saya ikut tingkap. Saya kutip semuanya dan tetap duduk di rumah itu kerana tidak tahu ke mana nak pergi.

“Namun keazaman saya cukup kuat yg suatu hari nanti saya akan buktikan saya boleh berjaya. Mak angkat kata saya bodoh tak macam anak-anaknya pandai. Jadi bila besar nanti kerja saya mesti jaga dia sebagai membalas budinya kerana beri saya makan. Tetapi saya berazam mahu bersekolah. Mungkin desakan jiran, suami atau guru agaknya dia terpaksa beri saya belajar. Tetapi kerana bencikan saya tinggal di rumahnya, dia hantar saya ke sekolah berasrama masuk tingkatan satu hingga habis SPM.

“Mula-mula masuk asrama mak angkat beri saya RM5 untuk duit saku dan RM30 untuk yuran sekolah dan yuran asrama. Itulah duit yang dia bayar tan tak pernah bayar lagi hingga setahun saya bersekolah di situ. Banyak kali saya keluar masuk bilik warden menahan muka kena marah kerana yuran tertangguh, bila saya balik rumah minta duit yuran mak angkat marah dan dia halau saya. Bila sekolah dibuka mau tak mau saya balik ke asrama lagi, jika duduk di rumah saya akan kena pukul teruk atau didera dengan pelbagai cara.

“Mak angkat suka berkebun jadi semua kerja rumah saya bereskan disamping bantu dia jual sayur dan sireh. Dia juga berniaga jual maggi dan biskut, tetapi bila balik asrama saya langsung tidak diberikan makanan tersebut termasuk sabun dan ubat gigi, kerana tiada pilihan lain saya tetap balik ke asrama dengan duit RM5 itulah untuk tambang pergi balik RM2.20 dan belanja keperluan peribadi.

“Walaupun saya sering dikatakan hodoh oleh emak angkat, tetapi di sekolah kecantikan saya terserlah, ada ramai peminat rahsia yang menaruk hati dan suka berkawan dengan saya, tetapi saya tetap menjauhkan diri sebab satu tahu saya miskin dan malu dengan keadaan saya. Di sekolah saya aktif persatuan pengakap dan bersukan kerana itulah saja cara saya boleh lupakan kesangsaraan hidup yang saya lalui.

“Tetapi ada seorang kakak senior yang selalu jengok saya di asrama, hantar makanan dan kadang-kala wang poket, bila cuti 2 hari orang balik kampung saya jalan kaki balik rumah kakak angkat saya, itulah saya rasa saudara saya yang saya ada. Lama-lama saya sendiri rasa malu bila ibu tirinya mula menyindir-nyindir dan saya mula jauhkan diri.
“Kerana saya aktif ada juga pelajar yang suka berkawan dengan saya dan dia belanja saya makan dengan duit kiriman emak ayahnya. Bila cuti 2 hari saya balik ke rumahnya, mak ayahnya baik, beri makan dan duit belanja, kadang-kadang belikan saya baju. Jauh disudut hati saya berniat, jika aku dewasa nanti aku akan balas budi orang yang sangat baik dan bermakna pada saya, walaupun kami baik kawan saya tak pernah ceritakan penderaan saya nsebab saya terlalu malu untuk bercerita.
“Di asrama sayalah paling malang, mak angkat tidak pernah jenguk saya apa lagi hantar duit belanja. Bagi anak-anak Felda mereka paling mewah makanan penuh almari, ada duit belanja dan baju cantik-cantik, datang naik bas Felda hantar sampai ke laman asrama, bagi saya mereka sangat bertuah. Bila nak periksa ramai mak bapak datang bawak air penerang hati, hantar duit belanja dan makanan. Tapi bila kawan tanya kenapa mak atau bapak saya tak pernah datang, saya hanya tunduk diam dan malamnya tidur dengan air mata.
“Kencantikan membuat saya menyerlah tetapi saya tak sedar. Ramai pelajar lelaki mula tertarik, tetapi saya tak ambil peduli. Malah ada orang datang meminang saya ketika berusia 14 tahun, tetapi ditolak, sebab saya kena jaga dia sebagai membalas budinya.

“Ketika di asrama saya rasa selamat tidak takut kena pukul atau kena pijak, tak perlu lari ke dalam hutan. Sebab itu saya berdoa sekolah tak perlu ada cuti supaya saya boleh tinggal di asrama sepanjang tahun. Malangnya warden cari sebab tak bayar yuran.

“Oleh kerana ada kawan yang simpati beri saya duit poket, maka duit itulah saya kumpul untuk bayar yuran walaupun tak pernah cukup. Dan saya sangat takut untuk balik ke rumah bila cuti, sebab saya pasti akan kena pukul walaupun saya telah dewasa.

“Kerana sakit kena pukul dari bapa dan emak angkat inilah membuat saya jadi sangat agresif bila saya semakin besar. Akibatnya saya rasa hilang hormat sebaliknya penuh dendam kepada ibu kandung saya, mengapa ibu sanggup serahkan saya kepada manusia yang tidak berhati perut ini, kalau ibu boleh bela 9 anak lain, kepada saya diberikan pada orang. Apa salah saya, apa dosa saya, apakah sial yang saya bawa dalam hidup ibu ketika melahirkan saya hingga ibu sanggup campakkan saya kepada manusia ganas ini..

“Doa dan rintihan saya pada Allah tidak pernah putus terutama selepas kena pukul. saya mohon agar Allah kurniakan saya seorang ayah yang baik dan sangat penyayang untuk anak-anak saya. Ambil berat pendidikan mereka. Saya juga berdoa Allah berilah saya kesenangan, kebahgian, maruah dan martabat saya dipandang tinggi dan saya tidak mahu hidup dalam kesengsaraan, ketakutan, tiada keyakinan diri dan terus dihina sepanjang hidup.
“Bukan emak angkat saja hina saya malah abang angkat sulong pun hina saya, katanya bila besar nanti dia akan kerja dan beli rumah banglo berpagar tinggi, hidup kaya raya, waktu itu saya dan anak-anak akan datang bawa tempurung bersabut minta sedekat depan rumahnya. Ketika itu saya berdoa Ya Allah! Kau jadikan aku orang kaya penghuni banglo itu. Ya Allah besarnya kuasa Mu, kerana itulah yang aku dapat sekarang bukan dia.
“Saya rasa diri amat kerdil kerana Allah mengkabulkan 90 peratus doa, impian dan angan-angan saya itu yang kini menjadi kenyataan. Dulu saya percaya cakap mak angkat, kata saya bodoh, hodoh hanya layak duduk dapur, tak layak bekerja ataupun berkahwin.

“Bila diri semakin dewasa saya sering berangan inginkan suami lelaki berpelajaran, tinggi, kacak, berjawatan tinggi, dan lulusan luar negara, berjambang dicukur rapi, berbulu dada, berbulu lengan dan kaki, mencintai saya sepenuh hati dan sayalah cinta pertamanya. Alangkah besarnya kuasa Allah ciri-ciri lelaki idaman saya itu ada pada suami saya.

“Saya pernah berangan hendak jadi ahli perniagaan, mampu membina bisnes sendiri, mampu berdikari, mampu keluar negara setiap tahun., Ya Allah! Engkau kabulkan semua hajatku. Besarnya kuasaMu, Engkau dengar rintihan hati anak yang teraniaya ini.

“Kepada anda di luar sana janganlah aniaya anak-anak yatim, dan jangan aniaya anak angkat, kerana rintihan hati mereka sentiasa didengar oleh Allah. Kepada anak-anak senasib saya yakinlah Allah bersama kita dan menjaga kita, sentiasa mendengar rayuan dan doa kita, dan yakinlah Allah akan tunaikan permintaan kita jika kita berusaha ke arah itu.

“Ketika kita dalam kesengsaraan dan tangisan merayulah padaNya, Allah akan bantu kita tanpa kita sedar tanpa kita tahu dan nampak. Tetapi untuk memohon kepadaNya peliharalah hati dari sifat dengki, tamak, jangan hina orang, berdoa dengan hati dan jiwa yang bersih, In sya Allah doa kita akan dimakbulkan. Jangan mengeluh sebaliknya berusaha, dirikan solat dhuha, baca yasin untuk tenangkan jiwa dan berdoalah.

“Namun apa yang mengeciwakan saya kini, walaupun saya berusaha balik ke rumah ibu kandung, tetapi beliau tidak mesra terima kedatangan saya. Ketika saya datang dia ada alasan tidur di rumah anak lain. Agaknya sial masih tertulis di dahi saya. Begitu juga emak angkat beliau pukul saya ketika berusia 36 tahun kerana keciwa dengan nasib anak angkat kesayangannya yang ternoda. Adakah itu salah saya juga? ’’Itu cerita Norlaily mengakhiri perjalanan hidupnya yang penuh berliku dan kepayahan.

 

 

 

 

ep2p-5small