Hancur Luluh Hati Seorang Isteri Jumpa Video XXXX Suami Bersama Wanita Lain

                                                                   Sekadar hiasan

Kuala Lumpur – Hancur luluh hati seorang isteri apabila terjumpa video aksi lucah dan hubungan seks suaminya bersama beberapa wanita lain disembunyikan di dalam komputer riba.

Difahamkan wanita berusia 24 tahun itu terjumpa rakaman video itu secara tidak sengaja ketika sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari ketika mangsa terjumpa komputer riba suaminya yang masih tidak ditutup.

Menurutnya, mangsa kemudian cuba menutup komputer riba itu, namun terkejut apabila terjumpa satu fail video mencurigakan.

“Sebaik dibuka, mangsa terkejut melihat video itu mengandungi rakaman video suaminya sedang melakukan hubungan seks dengan wanita tidak dikenali, lapor Hmetro.

ep2p-5small