7 Sebab Kenapa Azam Tahun Baru Tak Dapat Dicapai..!!!

Tidak lama lagi, kita semua akan melangkah ke tahun baru 2015. Seperti biasa, semakin hampir dengan tahun baru, semakin ramai orang yang mula menyenaraikan azam tahun baru mereka. Antaranya seperti dalam gambar di bawah ini:

Sangat ‘cliche’ bukan? Tapi bagaimana dengan azam tahun ini? Adakah semuanya telah selesai? Seperti kebanyakan orang, mana-mana azam tahun ini yang masih belum selesai pastinya akan dibawa ke tahun hadapan. Perasan tak?

Persoalannya, kenapa azam tahun baru bagi 95% orang di dunia hanya sekadar satu senarai yang tidak bermakna?

Berikut, memetik artikel yang digarap di sebuah blog, ini adalah sebab-sebabnya:


1. Kita membuat terlalu banyak azam pada satu-satu masa

Dalam hal ini, memang tidak boleh salahkan sesiapa. Semangat berkobar-kobar dalam diri ketika menyenaraikan azam tahun baru menyebabkan kita menyenaraikan terlalu banyak azam, yang mana kadang-kadang agak mustahil untuk dicapai. Tetapi ketika itu, segalanya tampak mudah dan tidak mustahil kerana semangat untuk berubah kepada yang “lebih baik” mengatasi segalanya. Benar, semua orang pun mahu menjadi lebih baik bukan? Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang kepada keupayaan kita untuk melakukan segala yang disenaraikan.

Teruskan Selongkar…
Klik Untuk Baca Lagi »

ep2p-5small