Melaka : Kuih Udang Alor Gajah

Salah satu lagi tarikan makanan yang famous dari Melaka ni, “Kuih Udang” lokasi di “Alor Gajah” juga berhampiran dengan Stesen Bas Alor Gajah… Kedai ni memang terangat lama sudah bertapak, sebab nak ikutkan dari zaman aku kecik sampai lah aku panjang macam ni die masih lagi beroperasi… Alhamdulillah rezeki Allah bagi, turun temurunlah yang mengendalikannya… Pelajar-pelajar bekas “Uitm Lendu” pasti akan terkenang dengan kedai ni, manelah tau kot-kot dulu sinilah detik kenangan manis pahit korang dengan seseorang istimewa ke… Macam aku yang dapat aku kongsikan detik manis lepak same kawan-kawan Uitm dekat sini, sampai sekarang kalau kawan-kawan baru yang aku kenal pun bile pegi ke Melaka, kedai ni jugak aku akan rakemen… Rupa die mungkin korang akan ingat macam Rojak Mamak, tapi lain bile cara yang tersendiri dihasilkan oleh orang Melaka bersama “Sos” yang tersendiri… Kalau nak tau cuba datang sini, waktu beroperasi dari pukul 11am ke 8pm…

:: Untuk 2 orang makan – RM4.50 ::

:: Orang tidak putus-putus beratur ::

ep2p-2