Blog "Od.Itu.Sufi" Bersawang Dek Karena Instagram…

Salam akhir tahun 2013 buat semua yang tengah kebil-kebil mate membaca… Lama gaklah jari jemari aku ni tak menghentak kat keyboard laptop… Dah bersawang-sawang pun, kalau rumah ditinggalkan lama macam ni dah segala jembalang dok ade singgah huhuhuhu… Tapi blog aku ni harap segala jembalang tu takdelah, nanti takde sape pulak nak singgah… Bile keluar “Instagram” ditambah pulak dengan application “VSCO“, perghhhh lagilah aku dok ghalit dengan edit-edit gambar ni… Bagi sape yang ade instagram tu jangan segan silu meh follow aku “@sufianghaffar“… So bolehlah ikuti perkembangan aku dengan gambar-gambar edit plak… Bagi melabuhkan tirai 2013 yang beberapa jam lagi nak habis ni… Harapan aku bagi sejarah dah lepas macam biaselah “yang baik kite dijadikan tauladan dan yang buruk kite jadikan sempadan” Insyaallah… 
Bagi tirai 2014 yang akan menjelang pulak aku harapkan blog aku ni akan lebih berkembang dan dikenali… Bukan mengejar famous ke ape cuma nak kongsikan dengan pembaca ape yang patut… Insyaallah 2014 ni aku teringin sangat nak jadi “Vlogger“… Aku tabik spring dekat “JacksGap“, “Mr Ben Brown” & “FunForLouis” walaupun orang luar tapi video dorang sangat membuat aku tergiler-giler nak bervlog… Korang try tengok sendiri dan korang akan tau kenape… 2014 jugak aku harapkan bisness yang dirancang akan berjalan dengan lancar, harap korang-korang sume boleh support aku okeh… Bisnes ape tunggu okey… 2014 belom capai target aku untuk kawin lagi tapi mane tau kot terawal ke huhuhuhu… Dan akhir skali aku doakan buat korang sume moga ditahun yang mendatang kita sume boleh menempuh dengan tabah & cekal… Insyaallah Amin…

ep2p-2