Hello Kitty Cafe Dah Macam Cerita Coffee Prince…

Walaupun aku tak tau macam mane & sape pelakon cerita “Coffee Prince” yang diheboh-hebohkan berlakon di “Hello Kitty Cafe” dekat Korea ni… So saje jelah aku up tajuk entry macam tu, nak bagi kebaboom siket… Aku ni minum coffee tak boleh, bukan ape asal minum aku akan senyum lebor macam kambing (migrin)… Tu nak elak dari orang cakap tak siuman baek aku elak-elakkan… Tapi jeles senarnya tak dapat minum coffee ataupun nescafe ni… So bakal isteriku jangan marah okey kalau esok kite kawin abang tak leh nak minum Tongkat Ali wakakakaka… Walaupun coffee aku tak dapat menikmati tapi dekat “Hello Kitty Cafe” ni ade “Hot Chocolate” so bolehlah merasa jugak… Kedai yang penuh dengan hiasan Hello Kitty pasti akan buat gugurl melompat terkinja-kinja tanpa henti bile datang sini… Aku ambik sekali “Caramel Waffles” semuanya dalam 7,700KRW…

Cara ke Hello Kitty Cafe :

-Hyehwa (Line 4) menuju ke Dongdaemun History & Culture Park (Line 4) tukar train menghala ke  Hingik University (Line 2) cari exit 9

– Cari KFC pastu Dunkin Donut dan akan nampak Mee dalam mangkuk besar yang bergerak, Terus dan lintas jalan dan lorong pertama belok kiri…

– Hello Kitty Cafe betul-betul sebelah watson

:: Yang best bile order korang dah siap so buzer ni akan vibrate ::

ep2p-2