Beribu Riban Padlock Jadi Pokok Di Namsan N Seoul Tower…

Puas dok pusing-pusing dekat “Nami IslandPart 1 & Part 2” tanpa mengenal erti penat kite orang menuju ke “Namsan N Seoul Tower“… Mungkin tempat ni pun buat orang yang datang Korea ni sangat teruja… Dekat sini famous dengan Padlock, Teddy Bear Muzium & Permandangan dari Namsan Tower die… Lokasi yang terletak dekat atas bukit bas pun takdelah bleh naek sampai atas… Korang kene jalan sikit, bayangkan dah penat dengan berjalan dekat Nami Island berjalan pulak dekat sini… Mau lah jalan secara mengesot-ngesot kepenatan hehehe… Harga tiket kite orang ambik untuk Teddy Bear Muzium & Namsan Tower harga 14,000KRW… Sampai-sampai je “Padlock” korang akan nampak dulu… Perghhh dah bermacam-macam jenis padlock ade & ade yang merepek letak cover phone pun ade… Bile dah bebanyak macam tu dah jadi macam pokok ru pun ade… Rugi plak aku tak bawak padlock sendiri, seyes lupe sangat nak bawak…
Kalau ikutkan lepas tengok Padlock kite orang menuju ke Teddy Bear Muzium… Tapi tu tunggu next entry ok sebab tak banyak gambar dekat “Puncak Namsan Tower” ni… Tapi permandangan cahaya lampu dari bangunan di sekeliling bandar Seoul seyes buat aku terpukau… Sangat indah permandangan malam macam tu rupa… 
Cara ke Nami Island :
-Hyehwa (Line 4) menuju ke Chungmuro (Line 4) tak perlu tukar train
-Sampai Chungmuro tunggu bas “No. 2 atau No. 5” ke Namsan Tower

:: Jarak dari Namsan Tower ke Kuala Lumpur 4,596.51km ::

ep2p-5small